Monday, March 31, 2014

Hold on God Knows What He is Doing



Dunia dikejutkan dengan berita kehilangan flight MH370 sejak 2 minggu yang lalu. Memang sedih sebab sampai sekarang kapal terbang beserta crew dan penumpang masih belum dijumpai. Semalam tengok berita TV3, mereka bagitau yang jangka hayat kotak hitam cuma tinggal 1 minggu sahaja. Last week iaitu pada 25/3/2014 PM umum yang flight tu ended di Lautan Hindi. huhuhu.. sedihnya.. tapi semuanya belum pasti selagi kita belum jumpa bukti fizikal yang kukuh. Paling penting adalah mencari kotak hitam tu sebab dalam tu kita akan tau apa sebenarnya yang terjadi dengan kapal tu. kalau tidak jumpa maknanya kehilangan kapal akan jadi misteri buat selamanya.

Apapun seluruh dunia masih berharap agar semua krew dan penumpang kapal terbang akan ditemui. Miracle still happen. Apa pun kita doakan kepada keluarga yang terlibat supaya tabah menghadapi dugaan ini.




Phyll, 
31/03/2014


New Cousin for Oliver and Brenner



Semalam kami menerima berita tentang adik perempuan saya mel yang selamat melahirkan anak pada pukul 3:00 petang. Saya mendapat berita tu daripada mama saya. Syukur adik saya selamat melahirkan baby mereka. Tapi menurut adik saya, anaknya ditahan untuk pemeriksaan sebab ada masalah flow jantung. huhu.. saya tidak faham pula apa maksudnya. Saya tidak mau bertanya lebih details tunggu lah adik saya rasa sihat baru tanya. Good news pagi tadi mama bagitau yang baby sudah stabil. Thank God you're great.

Belum sempat lagi jumpa adik saya dan sepupu baru anak-anak saya. Hehehe.. mengharapkan dorang update di FB jak lah.. tengok dari gambar. Satu hari kalau Tuhan izinkan kita akan bertemu ya baby....
Teringat masa melahirkan anak dulu.. Tuhan saja tau macam mana sakitnya. Tapi terima kasih Tuhan sebab menyertai. Saya percaya segala yang berlaku adalah kerana campur tangan Tuhan.
Tidak sabar jumpa cucu perempuan pertama sudah tu my mom. Tadi bapa call bagitau yang dia sedang cari ayam kampung, besok mama bawa pigi kk jumpa my sister. Semoga perjalanan mama selamat dan dipermudahkan segalanya.

Phyll, 31/03/2014
12:55pm at Ofis

Tulisan pertama saya

Inilah tulisan pertama saya dalam blog ni.

Tarikh ini 31 March 2014 saat in tepat jam 11.45 pagi saya memulakan penulisan dalam blog ini.
Mulai saat ini saya akan peruntukkan masa untuk bertinta di dalam blog. Saya ni bukanlah jenis yang pandai berkata-kata. Mau update status dalam Facebook dalam setahun pun boleh dikira. Tapi dengan adanya blog ni, macam-macam boleh saya luahkan. boleh update pasal anak-anak, keluarga, kerja dan macam-macam lagi.

Dengan adanya blog ni bolehlah dijadikan kenangan atau rujukan saya masa tua nanti. Selain tu bolehlah juga anak-anak atau cucu-cucu membaca nukilan saya dalam blog ni. Mana lah tau, umur tidak panjang, boleh juga jadikan kenangan untuk mereka satu hari nanti

Salam perkenalan semua. Sya perkenalkan diri sebagai Phyll. 
Saya seorang ibu yang bekerja. Perkataan WOMO tu adalah ringkasan untuk Working Mom. 
Sya berkahwin pada 5 Jun 2010 dengan suami saya Mr. Mozzy Mondon dan hingga kini kami telah dikurniakan dengan 2 orang anak lelaki. Yang pertama Mark Oliver Awantang Mozzy dan yang kedua Mark Brenner Joliu Mozzy. hahaha..Penat tulis nama anak ni..panjang betul.

Oklah tu saja setakat ni ringkas tentang diri saya yang tidak seberapa ini. 

Phyll, 31/03/2014
12:10pm at office