Monday, September 15, 2014

Resepi Kek Margerin Simple

Hai... 
ni cerita semalam. Saya buat kek Margerin untuk pertama kalinya..
Resepinya ambil dri blog mana saya tidak ingat. Saya tulis dalam buku tapi lupa remark sumber dari mana. 
Resepinya memang sangat mudah. 

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan margerin
2 cawan tepung 
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1.  Pukul telur dengan gula sehingga kembang
  2. Masukkan margerin dan pukul lagi. 
  3. kemudian masukkan esen vanila.
  4. masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak ke dalam adunan tadi.
  5. Pukul kesemua bahan tapi tidak perlu pukul terlalu lama. Sebab apa mcm tu saya pun kurang pasti. hehehe..
  6. Masukkan adunan tadi kedalam loyang yang telah disapu dengan margerin.
  7. Bakar kek pada suhu 170 darjah di dalam oven selama 40minit. Pastikan oven telah dipanaskan selama 10 minit sebelum kek dibakar. 
Hasil resepi di atas jadilah seperti gambar di bawah. 

Masa ni lepas baru keluar dari oven

Ni pula masa lepas keluarkan dari loyang. makin lama nampak seakan-akan kek menjadi bantat dan bila potong rupanya bahagian tengah belum masak. Silap tadi masa cek kek ni saya tidak cucuk dengan garpu di bahagian tengah, just cucuk bahagian tepi. So separuh lagi tu saya masukkan semula dalam oven untuk bagi yang bahagian tidak masak tu masak. So selamatlah.. Rasa pun ok..tidak terlalu manis tdk tawar sangat. Just nice ja.. Syukur juga my first attempt jadi walaupun ada kejadian kek bantat. 
Moral of the story pastikan kek dicucuk bahagian tengah untuk pastikan masak betul atau tidak.

yang mau mencuba resepi ni silalah ya...

Wednesday, September 03, 2014

Nak Cari Side Income???

Hai,
salam sejahtera.
Duit! Duit ! Duit! siapa tidak suka duit..hahaha...suka2 juga tapi jangan sampai kita jadi hamba duit.
Tapi kalau ada sesuatu yang mudah and boleh mendatangkan wang demi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi ni apa salahnya kan... so hari ni saya ingin berkongsi satu cara terutamanya kepada bloggers di luar sana yang berminat nak tambah pendapatan iaitu dengan melakukan Advertorial Job.

APA ITU ADVERTORIAL JOB???
Jika anda kali pertama mendengar perkataan advertorial, ini adalah sedikit
penerangan tentang maksud advertorial dan kegunaan. Advertorial adalah
daripada perkataan Advertising dan Editorial. Ia adalah kombinasi
pengiklanan dalam bentuk editorial.

Kebanyakan advertorial di internet adalah melalui laman blog, di mana
pemilik atau penulis blog akan menulis review untuk produk, perkhidmatan,
laman web atau apa sahaja yang di minta oleh pengiklan.

Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai pertukaran
bagi khidmat menulis ulasan tentang mereka. Blogger yang berjaya, menjana
ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menulis ulasan untuk pengiklan di
laman blog mereka sendiri.

Perkataan advertorial di gunakan apabila review tersebut adalah di taja
atau di bayar, jika ia review tanpa bayaran ia tidak di sebut sebagai
advertorial.

Teknik pengiklanan begini telah lama wujub dan amat berkesan kepada
pengiklan. Sama ada anda sedar atau tidak, setiap hari anda di hidangkan
dengan advertorial melalui kaca TV, akhbar, majalah, blog dan lain – lain
saluran media.

Anda hanya perlu mempunyai laman blog, sertai kami dan jana pendapatan
dengan menawarkan khidmat menulis review.

Caranya sangat simple ikuti langkah berikut
Caranya cukup ringkas:
1: Daftar akaun "Publisher" dengan kami.
2: Submit blog anda untuk penyenaraian.
3: Kami carikan pengiklan berpotensi.
4: Terima tempahan & tulis review.

Untuk mula aktifkan akaun anda di SINI

BAGAIMANA BUAT DUIT DENGAN ADVERTORIAL?
Melalui laman advertorial.MY anda boleh buat duit dengan menyenaraikan blog
anda di sini dan tawarkan khidmat advertorial kepada pengiklan yang
berminat.

Setiap advertorial anda boleh kenakan harga bergantung kepada permintaan
pengiklan. Kebiasaan advertorial di letakan harga mengikut jumlah patah
perkataan dan populariti blog.

Harga terpulang untuk anda tentukan sendiri sebab ia khidmat anda, blog
anda dan anda punya suka apa harga yang hendak di kenakan kepada pengiklan.

Sekian. Next entry saya akan kongsikan lagi tentang Advertorial.job ni.. 

Selamat Bekerja.. Happy Wednesday.