Friday, April 25, 2014

25 Hal yang saya syukuri dalam Hidup

Salam sejahtera pembaca yang membaca blog saya ni. Terima kasih sebab singgah di sini secara kebetulan. hehehe...

hari ni saya ingin menulis mengenai hal mengucap syukur. Mengucap syukur ternyata kadang-kadang sulit. Jangankan dalam keadaan susah, keadaan senang pun mungkin sukar kita hendak mengucap syukur, betul ka tidak? hanya diri anda yang tau.. bagi diri saya sendiri memang kadang2 begitu..tidak saya nafikan.

Bagaimanapun dalam perkongsian saya hari ini saya akan cuba memberikan list kesyukuran saya. sedikit sebanyak memberi pengajaran dan saya dapat mengenal diri saya.


  1. Saya bersyukur sebab hingga saat ini saya masih bernafas. Kalau tidak saya tidak dapat menulis nota kesyukuran saya ni.
  2. Saya bersyukur sebab masih diberi kesihatan yang baik. Walaupun sya ni mudah selesma dan batuk tapi syukurlah saya tiada penyakit kronik. Amin.. semoga dijauhkan. 
  3. Saya bersykur sebab dilahirkan dalam keadaan yang cukup sifat. Walaupun tidak cantik mcm Era Fazira hehe..tapi ya syukurla ada yang menerima diri ini seadanya. 
  4. Saya bersyukur saya dilahirkan dalam keluarga Kristian dan mengenal Yesus juruselamat saya yang penuh dengan kasih dan pengampunan. 
  5. Saya bersyukur sebab ada mata kerana dengan mata saya dapat melihat, saya punyai lidah untuk merasa nikmat makan dan minum, saya dapat rasa menyentuh, dapat mendengar bunyi, dan dapat bercakap untuk berkomunikasi. 
  6. Saya bersyukur saya dapat melompat, berlari dan berjalan.
  7. Saya bersyukur sebab saya tidak kaya dan tidak miskin. saya percaya Tuhan tau yang terbaik bagi diri saya. Bila kami kekurangan Tuhan selalu mencukupkan kami tanpa kami sedari. 
  8. Saya bersyukur sebab masih punya Ibu bapa yang masih hidup hingga saat ini. Mereka masih bersama dan romantis sesama sendiri.
  9. Saya bersykur sebab punya bapa yang cool, sporting dan understanding. bapa yang suka membuat kami ketawa dengan cerita-ceritanya. seorang yg pandai masak. sekarang tengah aktif melayan laman muka buku.. hahaha...aktif lagi tu update status...
  10. Saya bersyukur punya mama yang sangat menawan. She's beautiful.  mama seorang yang memahami. Seorang mama yang amat TABAH.( Huruf besar sebab mama memang tabah tapi biarlah itu menjadi rahsia keluarga saya). Masakannya sedap. mama kadang banyak celotehnya tapi biasalah perempuan. selalu mama akan bebel tentang hal mengemas, membersih atau hal bangun lambat...hehe...memang patut pun kena bebel.. Mama juga seorang mama yang tidak jemu mendoakan anak-anaknya.
  11. Saya bersyukur sebab saya anak sulung dari 6 orang adik beradik... saya ada  orang adik dua perempuan dan tiga lelaki. 
  12. Saya bersyukur sebab saya dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan. dapat juga merasa campus life..makan maggie, stay up sampai pagi buat asignment, last minute study huhuhu...apa lagi.. outing dgn kawan-kawan...dan macam2 lagi..terlalu banyak untuk dijelaskan di sini...later kita cerita pasal campus life..if ideas come out... hehe...
  13. Saya bersyukur dapat masuk sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang. Terima kasih yayasan sabah yang sponsor saya n kawan-kawan belajar di sana. Saya dapat juga injak kaki ke tanah semenanjung, dapat jumpa kawan2 daripada budaya yang sgt berbeza dengan di sabah, saya dapat jalan2 tempat yang jauh, dapat kenal kawan baru, merasa hidup di asrama, katil kena sting, baju basuh sendiri, kasut basuh sendiri semuanya sendiri..ragging2 saya tdk pernah rasa dan saya pun tdk pernah ragging junior di sekolah.. hehehe...
  14. Saya bersyukur jadi student tajaan yayasan sabah ke semenanjung. Dapat jumpa and kenal kawan2 sabahan yang sangat sporting. sampai sekarang ada juga yang kita still contact each other...
  15. saya bersyukur saya ada kampung. Kampung saya di Bingkor Keningau. bila fikirkan ada orang tiada kampung halaman saya jadi rasa syukur. Bila ada perayaan boleh balik kampung.
  16. Saya bersyukur saya untuk semua ahli keluarga yang ada bond by blood dengan saya... memang sangat meriah bila semua ahli keluarga dapat berkumpul. sangat2 lah happenning masing-masing punya gaya tersendiri. Tambah lagi semua sudah beranak pinak tambahla kami meriah. 
  17. Saya bersyukur sebab Tuhan mempertemukan saya dengan suami saya Mr. Mozzy Mondon. Bersyukur sangat sebab dapat hasben yang baik hati, hormat orang tua, easy going, pandai pujuk saya..hehe...ketaralah selalu merajuk..haha.. emm apa lagi aa.. seorang daddy yang penyayang, suka tolong saya masak dan paling siok dia lagi pandai masak daripada saya.. hehe...
  18. Saya bersyukur Tuhan beri saya peluang untuk jadi mama kepada dua orang anak lelaki. Nama anak2 saya memang ada 3 perkataan. Yang pertama Mark Oliver Awantang  dan yang kedua Mark Brenner Joliu.. pangkal akhir nama mesti ada nama dusun/murut. Memang saya n hasben rancang begitu supaya ada identiti  la...bila orang sebut nama mesti tau yang diorang ni dari suku / bangsa apa.. Sebenarnya saya berketurunan dusun.. suami pula keturunan Murut dari Tenom.  
  19. Saya bersyukur sebab dapat ibu dan bapa mertua yang baik.. walaupun saya ni bukanlah menantu yang baik..hihi...tp diorang memang baik, sayang anak2 kami dan ambil berat pasal kami. 
  20. Saya bersyukur untuk ahli keluarga sebelah suami saya. Bila berkahwin ni, kita punya keluarga pun bertambah. Suami punya keluarga pun besar juga mcm kami. memang siok sebab keluarga suami memang sporting.
  21. Saya bersyukur sebab ada rumah sendiri sekarang. Dulu saya dan suami tinggal di rumah keluarga di kampung tapi sekarang kami sudah tinggal di rumah sendiri.. walaupun masih bank yang punya...hehe...ya syukurah ada rumah tempat kami sekeluarga berlindung dari panas dan hujan. 
  22. Saya bersyukur sebab dapat kenal kawan2 saya tidak kira masa saya sekolah rendah, sek menengah, matriks dan sampailah ke universiti hinggalah saya masuk alam pekerjaan. Kehadiran mereka mewarnai hidup saya.. kwn2 yang saya ada semua baik, memahami dan sporting. Sampai sekarang pun masih kontek lagi...tdk terpisah oleh jarak...
  23. Saya bersyukur untuk cikgu2 yang mengajar saya masa di sekolah rendah, sek. Men, Lecturer saya di matriks Labuan dan di UMS. Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan selama ni. Terutama cikgu favret saya di SK Pekan Pitas Cikgu Connie Wong. seorang guru yang garang tapi baik. Selalu membimbing saya dalam pelajaran. sampai sekarang saya tidak lupa jasa beliau dalam hidup saya. 
  24. Saya bersyukur untuk rakan-rakan Kerasulan Belia Katolik Bingkor dan Katedral St. Francis Xavier. Saya sangat gembira dapat melayani Tuhan bersama-sama dengan kmu terutama dalam pelayanan koir di gereja, karoling, kem, SYD dan sebagainya. Suatu pengalaman yang sangat mendewasakan iman. 
  25. Saya bersyukur sebab Tuhan selalu campur tangan dalam kehidupan saya. Sama ada itu lewat tangan orang lain namun saya merasakan tangan Tuhan yang bekerja. Sekarang pun saya bersyukur sebab kalau bukan kerana Tuhan saya tdak punya kesempatan untuk menuliskan list kesyukuran saya ni. 
Ada banyak hal yang mungkin saya terlupa. Namun inilah daftar kesyukuran saya buat kali ini. 
Kawan-kawan macam mana? kamu pun mesti ada banyak perkara yang kmu syukuri dalam hidup kan? Apa kata kamu pun buat list macam saya...hehe...

ok lah..tu saja setakat ni.. apa pun hiduplah dalam ucapan syukur. 

1 Tes 5:18 - Mengucap syukurlah dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki Allah di dalam Kristus Yesus bagi kamu. 

Tuesday, April 22, 2014

Tips dapat duit mudah tanpa modal melalui internet

Hai semua...

wah..bertubi-tubi entri saya hari ni. agak exited di situ.. hehe...
Hasil blogwalking saya hari ni, saya menjumpai satu cara mendapatkan duit hanya melalui internet tanpa keluarkan duit satu sen pun...Caranya adalah dengan mempromosikan iklan sama ada di facebook, twitter, istagram, forum, email mahupun blog dari 8Share. Program iklan 8share ni dah ramai rupanya yang dapat income dan hampir setiap bulan dapat cash out hasil daripada program ni. Cuma saya saja baru tahu tahun ni.

Alang-alang kita selalu online tu bah mari daftar 8share. Untuk mendaftar sila klik di sini. pendaftaran adalah PERCUMA. 

cara paling mudah nak dapat duit ialah dengan share di status facebook, istagram atau twitter. bagi kamu yang ramai frens and follower ini merupakan satu bonus sebab potensi untuk kawan-kawan klik iklan anda adalah sangat tinggi.

Once kita suda daftar, kita akan nampak senarai iklan yang boleh di share atau promosi. setiap per klik unik yang kita peroleh akan dibayar RM0.20. Kadang-kadang bila performance klik bagus akan dapat RM0.40 per klik. Mungkin ada antara kita yang cakap berapa sangat la 20 sen tu??? Bila mau kaya?? tiada jaminan akan kaya tapi bolehlah sebagai side income. siapa mau bagi kita kan kalau bukan dengan usaha... Alang-alang selalu online tu gunakanlah platform ni untuk dapat duit. Mungkin ada cakap saya ni asyik cari duit saja...fikir duit saja...yalah.. DUIT BUKAN SEGALA-GALANYA, TAPI SEGALA-GALANYA PERLUKAN DUIT.. masuk tandas pun bayar tau..

So kawan-kawan mari daftar 8share untuk dapat duit MUDAH.


Saya Jual Botol Susu Thermos

Hai semua...

Khas buat Ibu-ibu sedunia,

Adakah ibu-ibu mengalami masalah seperti di bawah:


  • Anak anda sering terjaga malam dan mau minum susu suam?
  • Terpaksa berhenti di stesen minyak atau R & R untuk sediakan susu semasa dalam perjalanan.
  • Keluar shopping/jalan-jalan sambil menggalas beg bayi yang besar dan berat
  • pergi kenduri kahwin/klinik/makan malam di luar dengan membawa sebotol susu yang sudah siap dibancuh tapi susu sudah sejuk selepas 2 jam.


Oleh itu, Botol susu thermos adalah penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi.

Tidak seperti botol susu lain, Botol susu thermos tidak memerlukan sebarang alat pemanas atau beg thermal. Ini sekaligus dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang anda.

BOTOL SUSU THERMOS ADALAH BOTOL SUSU MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BARU DI MANA IA MAMPU MENGEKALKAN SUHU SUSU DI DALAM KEADAAN PANAS/SUAM SEHINGGA 6 JAM.

Ini lah rupa bentuk botol susu thermos. Ada dua kaler pink or blue. 



Material Stainless Steel sukatan 210ml / 7 0z. 


Puting Wide Teat jenis Anti-Lock X-Cut---- Puting gantian yang sesuai ialah jenama Tommee Tippee sahaja.


 Botol susu ni ringan ja.. cuma 300g seperti dalam gambar. Ia sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas. 



Lihat carta perbandingan boto susu thermos dengan brand yang lain.


 HARGA BOTOL SUSU THERMOS : SEKARANG PROMOSI HARGANYA IALAH RM90.00
 (FREE DELIVERY NATIONWIDE) - STOK TERHAD

BERMINAT BOLEH COMMENT DI SINI ATAU SMS/WHATSAPP KE 013-8796269. 

Join Program Affiliatte dengan HB

Hai semua salam sejahtera.
Saya nak promo kepada anda untuk join/sign up program affiliate dengan Heartbeat untuk dapatkan extra money. Yang berminat nak jadi dropshipper juga boleh daftar di sini untuk mendapat keuntungan.Program ni sesuai untuk mereka yang berminat nak buat part time untuk menambah pendapatan keluarga. Zaman sekarang ni orang berebut-rebut nak buat bisnes demi memperbaiki kewangan keluarga. saya pun dah join program ni.. Heartbeat ni supply hadiah mcm t-shirt, mug, puzzles, casing hp and macam2 lagi yang mana kita boleh letak gambar kahwin, gambar anak2, family dan mcm2 lagi. Boleh dijadikan gifts untuk Hari Ibu, ulang tahun perkahwinan, birthday, hari Bapa, graduation dan apa2 la occasion yang kita sambut. Tidak lama lagi Hari Ibu so anak-anak yang tengah fikir hadiah apa nak bagi boleh lah beli kat sini. Bawah ni antara product-product yang kita boleh beli dekat kedai online Heartbeat.

Contoh-contoh couple t-shirt: sesuai untuk hadiah anniversary, atau untuk kapel2 yang sedang dilamun cinta. 







ala-ala comel gitu... kalau jalan2 dengan en. hasben pakai baju ni mesti teruja.. hahaha.. banyak lagi pilihan yang comel2 boleh pilih tapi yang atas ni ja saya sempat upload. Yang berminat boleh pilih2 sebab dekat situ ada banyak kategori kita boleh pilih mcm casing hp, pillow, mug, key chain and macam-macam lagi. pembaca tengok la ye....





Friday, April 11, 2014

Jatuh hati dengan aktiviti susun atur

Salam pembaca semua.

Hai semua. sekarang ni nak cerita pasal satu aktiviti yang saya teringin sangat mau buat. Lebih-lebih lagi bila kita sudah berkeluarga dan tinggal sendiri. Sejak sebelum pindah rumah sendiri ni saya selalu juga lawat blog tentang susun atur dan pembersihan rumah ni. Tapi biasanya blog yang saya lawat tu blog orang putih. Memang best sangat tengok cara diorang kemas dan susun atur rumah. Memang terserlah kekreatifan diorang ni.. hahaha..

Tahun 2014 ni, salah satu daripada azam saya ialah ingin menjadikan hidup lebih teratur dan tersusun terutama di rumah. Saya sudah lama mengimpikan rumah yang nampak kemas, teratur dan bersih. selalu saya blogwalking di blog orang putih macam Organized Home, Organizing made fun, I heart Organizing, bowl full of lemon . memang best lawat blog diorang ni. Macam-macam tips saya belajar. Tapi apa kurangnya dekat Malaysia ni ada juga blogger yang buat blog tentang susun atur rumah contohnya macam Sioca. Seriously saya tidak tau pun ada blog macam ni di Malaysia hinggalah saya jumpa blog diorang ni. Bukan tu ja, ada banyak lagi sebenarnya, tapi tidak dapatlah nak senaraikan semua, boleh tanya mr. google taip ja susun atur rumah banyaklah jumpa blog2 yang seumpama dengannya. 

semangat memang berkobar sangat mau buat ni semua cuma kadang-kadang tiada masa mau buat semua tu sebab sibuk dengan kerja dan bila balik rumah sibuk pula urus anak-anak. Memang mencabar tugas jadi ibu ni. Tapi hendak sribu daya  tak nak seribu dalih kan. Cuma antara malas dengan rajin ja tu. Masalah satu lagi sya ni ikut mood. kalau datang rajin buat kalau malas semua tidak terbuat. grrrrr... geram dengan diri sendiri. sabar sajalah. 

Walau macam mana pun memang akan saya laksanakan cabaran susun atur rumah ni.. kita kena cabar diri sendiri baru benda jadi..hehe.... mungkin saya tidak dapat buat sehebat diorang tapi macam mana pun kena mula dari small n simple matter dulu. Namanya pun budak baru belajar... so kena mula dari benda2 simple dulu dan kena ikut kemampuan dan ekonomi keluarga apapun usaha tu penting.

oklah tu saja setakat ni.

P/S: next entri saya akan cerita pasal susun atur rumah. hehe..hati berbunga...

Saya suka online shop di Lazada

Salam sejahtera pembaca semua.

haha.. baru hari ni update belog saya ni. Saya rajin BW blog org ja kebelakangan ni.
Hari ni saya mau cerita pasal satu online shop yang saya pasti ramai kawan-kawan tau iaitu Lazada memang best shopping online di sana. Selalu ada potongan harga gila-gila runtuh. Saya suka cari-cari barangan rumah terutama untuk storage dan susun atur serta perkakas dapur.

Antara barang-barang yang saya sangat berkenan adalah:

ASOTV 49pcs smart spin n store tupperware

Murah sangat sekarang ni.. hanya RM29.00 yang mana harga asalnya RM99.00. 
SANGAT BERBALOI MEMBELINYA. Ada 49pcs tupperware dan ada holder sekali. 

                                              5-in-1 Magic Hanger

hanger magic ni pula boleh buat sangkut seluar. memang mau beli yang ni untuk susun pants husband saya. selalu main lipat saja jadi nampak kurang kemas. kalau ada hanger ni mesti nampak kemas dan mudah nampak. Harga sekarang memang murah juga CUMA RM19.90 ada discount 50% daripada harga asal iaitu RM39.90. 



U-Need Laundry Sorter 3 Compartment


Yang ni pula untuk letak baju-baju kotor. ada 3 compartment. so mungkin kita boleh letak satu bahagian untuk baju, satu bahagian untuk seluar dan satu bahagian lagi untuk pakaian dalam. kalau ada anak2 boelh sediakan satu bahagian untuk anak2. terpulang pada kita la mau buat pembahagian macam mana. Bahagian dalamnya kalis air dan beg tu boleh dibuka. dan ada tayar juga. kalau letak dalam bilik boleh tolak pegi laundry room. 

U-need Stainless Basin Dish Drying Rack

yang ni pula boleh letak dekat sinki. kalau di dapur kita ada 2 sinki, sinki sebelah boleh letak rak ni. lepas cuci sabun bilas boleh letak dalam rak ni untuk keringkan. air tidak akan bertakung macam kalau kita guna drying rak yang biasa letak dekat counter dapur tu. Ia juga fit untuk mana-mana sinki. Harganya sekarang RM89.90. 


Sebenarnya banyak lagi yang saya berkenan. Yang atas ni antaranya saja. kalau anda berminat silalah lawat kedai Lazada mesti kamu pun rambang mata macam saya. ada peralatan elektrik, smartphone dan macam-macam lagilah. 

Ok tu ja cerita saya tentang online shop Lazada.