Friday, April 11, 2014

Jatuh hati dengan aktiviti susun atur

Salam pembaca semua.

Hai semua. sekarang ni nak cerita pasal satu aktiviti yang saya teringin sangat mau buat. Lebih-lebih lagi bila kita sudah berkeluarga dan tinggal sendiri. Sejak sebelum pindah rumah sendiri ni saya selalu juga lawat blog tentang susun atur dan pembersihan rumah ni. Tapi biasanya blog yang saya lawat tu blog orang putih. Memang best sangat tengok cara diorang kemas dan susun atur rumah. Memang terserlah kekreatifan diorang ni.. hahaha..

Tahun 2014 ni, salah satu daripada azam saya ialah ingin menjadikan hidup lebih teratur dan tersusun terutama di rumah. Saya sudah lama mengimpikan rumah yang nampak kemas, teratur dan bersih. selalu saya blogwalking di blog orang putih macam Organized Home, Organizing made fun, I heart Organizing, bowl full of lemon . memang best lawat blog diorang ni. Macam-macam tips saya belajar. Tapi apa kurangnya dekat Malaysia ni ada juga blogger yang buat blog tentang susun atur rumah contohnya macam Sioca. Seriously saya tidak tau pun ada blog macam ni di Malaysia hinggalah saya jumpa blog diorang ni. Bukan tu ja, ada banyak lagi sebenarnya, tapi tidak dapatlah nak senaraikan semua, boleh tanya mr. google taip ja susun atur rumah banyaklah jumpa blog2 yang seumpama dengannya. 

semangat memang berkobar sangat mau buat ni semua cuma kadang-kadang tiada masa mau buat semua tu sebab sibuk dengan kerja dan bila balik rumah sibuk pula urus anak-anak. Memang mencabar tugas jadi ibu ni. Tapi hendak sribu daya  tak nak seribu dalih kan. Cuma antara malas dengan rajin ja tu. Masalah satu lagi sya ni ikut mood. kalau datang rajin buat kalau malas semua tidak terbuat. grrrrr... geram dengan diri sendiri. sabar sajalah. 

Walau macam mana pun memang akan saya laksanakan cabaran susun atur rumah ni.. kita kena cabar diri sendiri baru benda jadi..hehe.... mungkin saya tidak dapat buat sehebat diorang tapi macam mana pun kena mula dari small n simple matter dulu. Namanya pun budak baru belajar... so kena mula dari benda2 simple dulu dan kena ikut kemampuan dan ekonomi keluarga apapun usaha tu penting.

oklah tu saja setakat ni.

P/S: next entri saya akan cerita pasal susun atur rumah. hehe..hati berbunga...

No comments:

Post a Comment