Cerita ni sepatutnya post semalam tapi tidak sempat... Malam hari Ahad hari tu sya telah mencuba sejenis makanan tradisi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah iaitu Hinava. Sudah lama saya teringin buat sendiri dan malam tu adalah kali pertama saya buat menu ni untuk makan malam. Resepi ni sangat ringkas dan mudah... dalam setengah atau kurang dari setengah jam siap.
Ini adalah gambar hinava dalam tupperware saya bawa untuk bekal waktu makan tengah hari ke tempat kerja semalam. First time buat ingatkan susah rupanya senang sangat.. Memang sedap..hahaha...minta puji..
Ok ini adalah resepi untuk resepi hinava yang saya buat.
BAHAN-BAHAN
1. Isi ikan (Ikan tenggiri /Ikan yu)- 3 ekor Tapi saya gunakan ikan Basung (Semenanjung panggil ikan selayang)
2. Cili padi- 5 biji (tambah lagi kalau suka pedas) - Dihiris
3.Lada besar - 2 Biji (Dihiris kecil2)
4.Bawang merah - 6 Ulas (Dihiris)
5. Bawang Putih - 2 Ulas (Dihiris)
6. Halia - 1 inci (Dihiris)
7. Limau Kapas / Limau Nipis - 5 Biji
8. Garam dan perasa
9. Air Panas
CARA-CARA
1. Isi ikan diambil daripada ikan dan dipotong kecil-kecil.
2. Setelah dipotong cuci2 dan toskan.
3. Tuang ikan tadi dengan air panas dan rendamkan selama 2 minit agak2 sudah nampak masak.
4. Semua bahan yang dihiris tadi disatukan dalam satu mangkuk/pinggan.
5. Kemudian satukan lagi dengan ikan yang telah direndam dengan air panas tadi.
6. Setelah itu perahkan limau ke atas campuran tadi dan taburkan garam dan perasa ikut kesukaan dan siap.
Mudahkan?? cubalah.. sedap dimakan bersama nasi panas dengan lauk ikan goreng.
No comments:
Post a Comment