Tuesday, October 21, 2014

Mengimbas Kenangan Lalu


Hai, selamat pagi.

Hari ni kita mengimbas kenangan lalu pula lah... Pada kawan-kawan dari Sabah yang bersekolah masa era tahun 90an pasti mengingati buku latihan dalam gambar di atas... hehe... Buku ni adalah sumbangan daripada Yayasan Sabah kepada pelajar2 sekolah di seluruh negeri Sabah... Ingat lagi masa tu saya sekolah rendah bila masa pemberian buku ni mesti saya excited.. maklum lah dapat buku free... Buku ni dia ada sejenis bau yang entah bagi saya wangi lah.. hahaha...bukan setakat buku sahaja yang ada bah.. masa tu kita akan dapat macam-macam lagi perkakas dan kelengkapan persekolahan macam pen, kasut dan pakaian sekolah iaitu baju pinafore untuk yang perempuan...Biasanya barang2 ni kita akan terima waktu hujung tahun tentunya sebagai persediaan untuk persekolahan pada awal tahun hadapan pula. 

Rindunya zaman sekolah dulu...terlalu banyak kenangan..

Sekarang ni saya kurang pastilah kalau Yayasan Sabah still bagi sumbangan buku2 ni.. tapi memang beruntung jugalah masa tu sebab dapat bantuan macam tu... apa pun terima kasih Yayasan Sabah atas sumbangan kepada pelajar2 masa tu...time tu YS kaya lagi..siap taja pelajar ke semenanjung untuk belajar di sekolah berasrama penuh dan harian biasa... termasuklah saya... lepas tamat UPSR saya dapat tajaan YS ke SMS Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang... alangkah bestnya...tapi yang ndak best berjauhan dengan keluarga selama hampir setahun selama 5 tahun berturut-turut iaitu dari F1-F5 (98-02).. emm..pasal saya sekolah sana tu lain kali lah cerita dalam next entri.. sekarang belum ada idea... hehe... 

Monday, October 20, 2014

Go Green!! Bunga Perhiasan yang Comel

Hai..

Sumber:Google

Saya sangat tertarik dengan bunga perhiasan ni.. sangat cantik dan comel.. saya dapat info tentang bunga ni dari grup whatsapp.. ada kakak tu jual bunga ni.. Pada mulanya saya ingatkan bunga tiruan aka plastik tapi rupanya ia adalah sejenis bunga sebenar yang dihasilkan di Taiwan menggunakan teknologi Jepun. Menarik kan...Menurut sumber yang saya temui bunga ni diproses menggunakan teknologi frozen untuk mengekalkan kelembutan dan kecantikan bunga tersebut. Bunga yang digunakan adalah sejenis bunga chrysanthemum.

Cara penjagaan Bunga ni:

Sumber: Google 
  • Spray 3-5 kali seminggu. 
  • Jangan dedahkan dengan cahaya matahari, Apabila terdedah dengan pancaran matahari melebihi 5 minit bunga akan terbakar. 
  • Jangan siram secara berlebihan hanya perlu spray sahaja. 
  • Bunga ni akan kuncup apabila cuaca lembap atau setelah disiram dan akan kembang apabila cuaca kering. 
Fakta tentang bunga ni:
  • Bunga hidup/ real
  • Jangka hayat 10 Tahun
  • Kos penjagaan rendah dan murah
  • Guna teknologi Jepun

Harga bunga ni adalah antara RM30 - RM70 mahal tetapi berbaloi sebab sangat cantik. Bunga ni memang sangatlah sesuai untuk hiasan dalam bilik tidur, ruang menunggu, ruang tamu, study room, ruang makan atau meja pejabat. Siok tengok bunga kecil yang berwarna-warni ni. 

Terdapat 9 warna boleh dipilih iaitu ungu, pink, biru gelap, biru cerah, putih, merah, hijau, kuning dan jingga. 
Kita juga boleh memilih bunga berdasarkan horoscope.


Sumber:Google


Bawah ni adalah antara rupa dan bentuk bunga2 ni. 

Sumber: Google search

 Sumber: Google Search

sumber: Google search
Saya pun teringin membelinya.. but terpaksa tangguh dulu lah...hehehe.. kewangan belum mengizinkan. Buat sesiapa yang berminat tu bolehlah beli dekat sini

Wednesday, October 01, 2014

Tips Bila hidung tersumbat

Selesma ... dari semalam saya selesma.. baru baik dua minggu datang lagi sakit selesma ni. Hidung saya ni memang sensitip dengan virus selesma.... sangat tidak selesa bila hidung tersumbat... merasa makanan pun susah sebab bila selesma ni susah menghidu jadi deria rasa pun ada kurang sikit... Buat masa sekarang saya tidak mau makan ubat selesma... sudah hampir 1 bulan saya lambat period jadi takut2 kalau pregnant nanti terjejas pula... Jadi saya pun search la di internet untuk petua2 melegakan selesma.. sekarang ni dekat office, jadi tips orang bagi tu semua bahannya tiada di ofis saya ni.... kebetulan ada blogger share tips dengan wap2 kan muka dengan minyak cap kapak campur air panas.. tapi saya tiada minyak cap kapak jadinya saya gantikan dengan minyak kayu putih.

Cara saya buat begini  didihkan air.. kemudian letak air dalam mangkuk then titiskan minyak kayu putih di dalam air panas tadi.. Lepas tu wap2 kan di muka.. macam magik pula rasanya... hidung saya yang tersumbat rasa sedikit lega.. dan mudah untuk bernafas berbanding sebelum saya wap2kan muka tadi. Tidak sangka pula berkesan.. saya ni sebenarnya susah mau percaya petua2 ni.. tapi bila rasa lega sikit ni barulah saya percaya..hehehe... syukur pada Tuhan... credit to this blogger   untuk petua melegakan selesma. Memang berkesan.. yang mencari2 petua legakan hidung tersumbat tu bolehlah try petua yang saya buat ni..
Dengan izin Tuhan pasti lega...

Btw hari ni sudah memasuki bulan October. Cepatnya masa berlalu.. pejam celik mau hujung tahun suda. Semoga tahun ini berakhir dengan baik sesuai dengan kehendak dan rencana Tuhan.. Amen..