Sumber:Google
Saya sangat tertarik dengan bunga perhiasan ni.. sangat cantik dan comel.. saya dapat info tentang bunga ni dari grup whatsapp.. ada kakak tu jual bunga ni.. Pada mulanya saya ingatkan bunga tiruan aka plastik tapi rupanya ia adalah sejenis bunga sebenar yang dihasilkan di Taiwan menggunakan teknologi Jepun. Menarik kan...Menurut sumber yang saya temui bunga ni diproses menggunakan teknologi frozen untuk mengekalkan kelembutan dan kecantikan bunga tersebut. Bunga yang digunakan adalah sejenis bunga chrysanthemum.
Cara penjagaan Bunga ni:
Sumber: Google
- Spray 3-5 kali seminggu.
- Jangan dedahkan dengan cahaya matahari, Apabila terdedah dengan pancaran matahari melebihi 5 minit bunga akan terbakar.
- Jangan siram secara berlebihan hanya perlu spray sahaja.
- Bunga ni akan kuncup apabila cuaca lembap atau setelah disiram dan akan kembang apabila cuaca kering.
Fakta tentang bunga ni:
- Bunga hidup/ real
- Jangka hayat 10 Tahun
- Kos penjagaan rendah dan murah
- Guna teknologi Jepun
Harga bunga ni adalah antara RM30 - RM70 mahal tetapi berbaloi sebab sangat cantik. Bunga ni memang sangatlah sesuai untuk hiasan dalam bilik tidur, ruang menunggu, ruang tamu, study room, ruang makan atau meja pejabat. Siok tengok bunga kecil yang berwarna-warni ni.
Terdapat 9 warna boleh dipilih iaitu ungu, pink, biru gelap, biru cerah, putih, merah, hijau, kuning dan jingga.
Kita juga boleh memilih bunga berdasarkan horoscope.


Sumber:Google
Bawah ni adalah antara rupa dan bentuk bunga2 ni.
Sumber: Google search
Sumber: Google Search
sumber: Google search
Saya pun teringin membelinya.. but terpaksa tangguh dulu lah...hehehe.. kewangan belum mengizinkan. Buat sesiapa yang berminat tu bolehlah beli dekat sini
No comments:
Post a Comment