Friday, July 18, 2014

#PrayforMH17 #prayforsabah

Salam damai pembaca semua.
Semalam 17/7/2014 dunia dikejutkan sekali lagi dengan tragedi yang menimpa kapal terbang MAS MH17 iaitu penerbangan MAS dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dijadualkan sampai ke KL pada pukul 6.10am waktu Malaysia. Malang tidak berbau, tragedi menimpa kapal terbang tersebut di mana kemalangannya adalah fatal dan total lost... sya pun dapat tahu berita ni pagi2 masa beli sarapan di warung depan tempat kerja kami ni.. saya betul2 terkejut dengan berita ni.. bila buka wifi beratus2 wasap masuk.. semua update tentang MH17.. di laman FB pula banyak update status dan share berita2 tentang tragedi ni.. sangat menyayat hati.. Ada juga video yang menayangkan momen masa kapal terbang tersebut terhempas.. adui...bayangkan apa yang dilalui oleh penumpang2 dan krew MH17... memang sukar digambarkan mcm mana kedaan mangsa ketika tu...

Mengikut apa yang saya baca melalui media kapal terbang terhempas akibat ditembak.. kononnya sebab kapal terbang tersebut melalui udara yang ditanda sebagai red zone atau zon larangan udara..

Sumber:Google search 

Apapun sebagai rakyat Malaysia saya ikut bersedih atas kejadian yang menimpa keluara mangsa.. Tangisan dan ratap tidak bisa mengembalikan mereka. Apa yang mampu kita hanya dapat berdoa buat keselamatan dan ketenangan jiwa mereka... May God grant them peace..Our thoughts and prayers are with the passengers and crew of MH17. 

Dalam pada itu juga negeri Sabah juga sedang dilanda krisis keamanan ekoran kehadiran pengganas Sulu. Beberapa hari yang lalu seorang polis marin telah ditembak mati oleh pengganas sulu. Rakyat Sabah juga sedang dilanda kerisauan kerana ada beberapa daerah di Pantai Timur yang diarahkan perintah berkurung.
Bermacam-macam berita yang membuat rakyat Sabah merasa terancam, entah betul atau tidak hanya Tuhan yang tahu. Apapun tahun ini banyak suda tragedi yang menimpa bumi Malaysia.. Bilakah ini akan berakhir? hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.. sungguhpun begitu, sebagai seorang hamba Tuhan..apa yang perlu ialah kita sentiasa berdoa untuk keselamatan jiwa kita.. di mana2 dan bila2 saja akan menjadi waktunya Tuhan mengambil kita,kerana waktu itu akan seperti waktu di mana kita tidak tahu bila pencuri akan datang ke rumah kita..  justeru yang utama adalah meletakkan Tuhan Yesus di posisi yang utama dalam hidup kita...
Hiduplah dengan takut akan Tuhan. #peringatanuntukdirisendiri 

God bless all. 
Bertabahlah Malaysia!!! 





No comments:

Post a Comment