Tuesday, December 16, 2014

Jawapan yang ko tau suda jawapan ko tanya lagi (Sabah style)

Selamat pagi...
Pagi ni saya tiba-tiba teringat perbualan kami masa mesyuarat Komuniti Kristian Dasar (KKD) untuk persiapan kesyukuran Krismas pada bulan Januari 2015. Biasalah kadang2 pandai lari2 topik juga time miting mesyuarat..hehehe...topik cerita kami masa tu ialah jawapan yang ko tau sudah jawapan dia tapi ko tanya balik...post ni pun sa ambil dari FB juga... bah, jom layan..

1. Bila orang nampak ko baring tutup mata:
S: Ko tidurkah???
J: Tidaklah sa training macam mana mo mati...
** sudah nampak tidur ko tanya lagi...hahaha....

2. Satu hari ko bawa TV ko yang rusak pigi kedai membaiki TV dan tu technician masih juga tanya..
S: Ko mo kasi baik ka ni TV?
J: Tidaklah sa buring ba ni jadi sa bawa TV sa pi jalan2 sini.

3. Bila time hujan kawan ko nampak ko keluar dia tanya
S: Ko kluar time hujan ni?
J: eh, ndaklah.. hujan yang nanti sa keluar.

4. Time ko baru bangun tidur tiba2 si kawan tanya,
S: Ko bangun suda?
J: Ish, sa tidur sambil jalan bah ni..

5. Kawan ko call telefon rumah ko.
S: Mana ko ging?
J: Sini bus stop!

6. Diorang nampak ko keluar basah2 dari bilik mandi.
S: Ko baru mandi kah?
J: Manada, sa jatuh dalam jamban bah!

7. Ko bediri dalam lift di tingkat paling bawah kena tanya lagi,
S: Going up kah?
J: Eh tidaklah sa tunggu apartment sa turun bawah bah ni.

8. Boipren ko pi rumah ko and bawa satu jambak bunga ko tanya lagi
S: Eeeh.. bunga ka tu??
J : Tidaklah ling paku pakis sama kubis bah ni..

9. ko di dalam toilet, pintu berkunci trus ada urang katuk dan tanya lagi
S: Ada urang kah?
J: (Suara Kiut) Teda urang! Taik ba becakap ni!!! hahaha....

Hahaha..sa pun kadang2 buat begitu juga sebenarnya.. bukan apa suda jadi jadi kebiasaan.. pada pendapat saya lah sebenarnya itu cara urang kita untuk memulakan bicara dengan lawan ajak bicara kita.. Walaupun kadang tu bikin heran juga lah, suda nampak terang2 kena tanya lagi... lucu juga.. hehehe... 

P/S: Tidak lama lagi Krsimas menjelang..kmu suda buat kuih krismas?? :-)


Tuesday, October 21, 2014

Mengimbas Kenangan Lalu


Hai, selamat pagi.

Hari ni kita mengimbas kenangan lalu pula lah... Pada kawan-kawan dari Sabah yang bersekolah masa era tahun 90an pasti mengingati buku latihan dalam gambar di atas... hehe... Buku ni adalah sumbangan daripada Yayasan Sabah kepada pelajar2 sekolah di seluruh negeri Sabah... Ingat lagi masa tu saya sekolah rendah bila masa pemberian buku ni mesti saya excited.. maklum lah dapat buku free... Buku ni dia ada sejenis bau yang entah bagi saya wangi lah.. hahaha...bukan setakat buku sahaja yang ada bah.. masa tu kita akan dapat macam-macam lagi perkakas dan kelengkapan persekolahan macam pen, kasut dan pakaian sekolah iaitu baju pinafore untuk yang perempuan...Biasanya barang2 ni kita akan terima waktu hujung tahun tentunya sebagai persediaan untuk persekolahan pada awal tahun hadapan pula. 

Rindunya zaman sekolah dulu...terlalu banyak kenangan..

Sekarang ni saya kurang pastilah kalau Yayasan Sabah still bagi sumbangan buku2 ni.. tapi memang beruntung jugalah masa tu sebab dapat bantuan macam tu... apa pun terima kasih Yayasan Sabah atas sumbangan kepada pelajar2 masa tu...time tu YS kaya lagi..siap taja pelajar ke semenanjung untuk belajar di sekolah berasrama penuh dan harian biasa... termasuklah saya... lepas tamat UPSR saya dapat tajaan YS ke SMS Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang... alangkah bestnya...tapi yang ndak best berjauhan dengan keluarga selama hampir setahun selama 5 tahun berturut-turut iaitu dari F1-F5 (98-02).. emm..pasal saya sekolah sana tu lain kali lah cerita dalam next entri.. sekarang belum ada idea... hehe... 

Monday, October 20, 2014

Go Green!! Bunga Perhiasan yang Comel

Hai..

Sumber:Google

Saya sangat tertarik dengan bunga perhiasan ni.. sangat cantik dan comel.. saya dapat info tentang bunga ni dari grup whatsapp.. ada kakak tu jual bunga ni.. Pada mulanya saya ingatkan bunga tiruan aka plastik tapi rupanya ia adalah sejenis bunga sebenar yang dihasilkan di Taiwan menggunakan teknologi Jepun. Menarik kan...Menurut sumber yang saya temui bunga ni diproses menggunakan teknologi frozen untuk mengekalkan kelembutan dan kecantikan bunga tersebut. Bunga yang digunakan adalah sejenis bunga chrysanthemum.

Cara penjagaan Bunga ni:

Sumber: Google 
  • Spray 3-5 kali seminggu. 
  • Jangan dedahkan dengan cahaya matahari, Apabila terdedah dengan pancaran matahari melebihi 5 minit bunga akan terbakar. 
  • Jangan siram secara berlebihan hanya perlu spray sahaja. 
  • Bunga ni akan kuncup apabila cuaca lembap atau setelah disiram dan akan kembang apabila cuaca kering. 
Fakta tentang bunga ni:
  • Bunga hidup/ real
  • Jangka hayat 10 Tahun
  • Kos penjagaan rendah dan murah
  • Guna teknologi Jepun

Harga bunga ni adalah antara RM30 - RM70 mahal tetapi berbaloi sebab sangat cantik. Bunga ni memang sangatlah sesuai untuk hiasan dalam bilik tidur, ruang menunggu, ruang tamu, study room, ruang makan atau meja pejabat. Siok tengok bunga kecil yang berwarna-warni ni. 

Terdapat 9 warna boleh dipilih iaitu ungu, pink, biru gelap, biru cerah, putih, merah, hijau, kuning dan jingga. 
Kita juga boleh memilih bunga berdasarkan horoscope.


Sumber:Google


Bawah ni adalah antara rupa dan bentuk bunga2 ni. 

Sumber: Google search

 Sumber: Google Search

sumber: Google search
Saya pun teringin membelinya.. but terpaksa tangguh dulu lah...hehehe.. kewangan belum mengizinkan. Buat sesiapa yang berminat tu bolehlah beli dekat sini

Wednesday, October 01, 2014

Tips Bila hidung tersumbat

Selesma ... dari semalam saya selesma.. baru baik dua minggu datang lagi sakit selesma ni. Hidung saya ni memang sensitip dengan virus selesma.... sangat tidak selesa bila hidung tersumbat... merasa makanan pun susah sebab bila selesma ni susah menghidu jadi deria rasa pun ada kurang sikit... Buat masa sekarang saya tidak mau makan ubat selesma... sudah hampir 1 bulan saya lambat period jadi takut2 kalau pregnant nanti terjejas pula... Jadi saya pun search la di internet untuk petua2 melegakan selesma.. sekarang ni dekat office, jadi tips orang bagi tu semua bahannya tiada di ofis saya ni.... kebetulan ada blogger share tips dengan wap2 kan muka dengan minyak cap kapak campur air panas.. tapi saya tiada minyak cap kapak jadinya saya gantikan dengan minyak kayu putih.

Cara saya buat begini  didihkan air.. kemudian letak air dalam mangkuk then titiskan minyak kayu putih di dalam air panas tadi.. Lepas tu wap2 kan di muka.. macam magik pula rasanya... hidung saya yang tersumbat rasa sedikit lega.. dan mudah untuk bernafas berbanding sebelum saya wap2kan muka tadi. Tidak sangka pula berkesan.. saya ni sebenarnya susah mau percaya petua2 ni.. tapi bila rasa lega sikit ni barulah saya percaya..hehehe... syukur pada Tuhan... credit to this blogger   untuk petua melegakan selesma. Memang berkesan.. yang mencari2 petua legakan hidung tersumbat tu bolehlah try petua yang saya buat ni..
Dengan izin Tuhan pasti lega...

Btw hari ni sudah memasuki bulan October. Cepatnya masa berlalu.. pejam celik mau hujung tahun suda. Semoga tahun ini berakhir dengan baik sesuai dengan kehendak dan rencana Tuhan.. Amen..

Monday, September 15, 2014

Resepi Kek Margerin Simple

Hai... 
ni cerita semalam. Saya buat kek Margerin untuk pertama kalinya..
Resepinya ambil dri blog mana saya tidak ingat. Saya tulis dalam buku tapi lupa remark sumber dari mana. 
Resepinya memang sangat mudah. 

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan margerin
2 cawan tepung 
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1.  Pukul telur dengan gula sehingga kembang
  2. Masukkan margerin dan pukul lagi. 
  3. kemudian masukkan esen vanila.
  4. masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak ke dalam adunan tadi.
  5. Pukul kesemua bahan tapi tidak perlu pukul terlalu lama. Sebab apa mcm tu saya pun kurang pasti. hehehe..
  6. Masukkan adunan tadi kedalam loyang yang telah disapu dengan margerin.
  7. Bakar kek pada suhu 170 darjah di dalam oven selama 40minit. Pastikan oven telah dipanaskan selama 10 minit sebelum kek dibakar. 
Hasil resepi di atas jadilah seperti gambar di bawah. 

Masa ni lepas baru keluar dari oven

Ni pula masa lepas keluarkan dari loyang. makin lama nampak seakan-akan kek menjadi bantat dan bila potong rupanya bahagian tengah belum masak. Silap tadi masa cek kek ni saya tidak cucuk dengan garpu di bahagian tengah, just cucuk bahagian tepi. So separuh lagi tu saya masukkan semula dalam oven untuk bagi yang bahagian tidak masak tu masak. So selamatlah.. Rasa pun ok..tidak terlalu manis tdk tawar sangat. Just nice ja.. Syukur juga my first attempt jadi walaupun ada kejadian kek bantat. 
Moral of the story pastikan kek dicucuk bahagian tengah untuk pastikan masak betul atau tidak.

yang mau mencuba resepi ni silalah ya...

Wednesday, September 03, 2014

Nak Cari Side Income???

Hai,
salam sejahtera.
Duit! Duit ! Duit! siapa tidak suka duit..hahaha...suka2 juga tapi jangan sampai kita jadi hamba duit.
Tapi kalau ada sesuatu yang mudah and boleh mendatangkan wang demi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi ni apa salahnya kan... so hari ni saya ingin berkongsi satu cara terutamanya kepada bloggers di luar sana yang berminat nak tambah pendapatan iaitu dengan melakukan Advertorial Job.

APA ITU ADVERTORIAL JOB???
Jika anda kali pertama mendengar perkataan advertorial, ini adalah sedikit
penerangan tentang maksud advertorial dan kegunaan. Advertorial adalah
daripada perkataan Advertising dan Editorial. Ia adalah kombinasi
pengiklanan dalam bentuk editorial.

Kebanyakan advertorial di internet adalah melalui laman blog, di mana
pemilik atau penulis blog akan menulis review untuk produk, perkhidmatan,
laman web atau apa sahaja yang di minta oleh pengiklan.

Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai pertukaran
bagi khidmat menulis ulasan tentang mereka. Blogger yang berjaya, menjana
ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menulis ulasan untuk pengiklan di
laman blog mereka sendiri.

Perkataan advertorial di gunakan apabila review tersebut adalah di taja
atau di bayar, jika ia review tanpa bayaran ia tidak di sebut sebagai
advertorial.

Teknik pengiklanan begini telah lama wujub dan amat berkesan kepada
pengiklan. Sama ada anda sedar atau tidak, setiap hari anda di hidangkan
dengan advertorial melalui kaca TV, akhbar, majalah, blog dan lain – lain
saluran media.

Anda hanya perlu mempunyai laman blog, sertai kami dan jana pendapatan
dengan menawarkan khidmat menulis review.

Caranya sangat simple ikuti langkah berikut
Caranya cukup ringkas:
1: Daftar akaun "Publisher" dengan kami.
2: Submit blog anda untuk penyenaraian.
3: Kami carikan pengiklan berpotensi.
4: Terima tempahan & tulis review.

Untuk mula aktifkan akaun anda di SINI

BAGAIMANA BUAT DUIT DENGAN ADVERTORIAL?
Melalui laman advertorial.MY anda boleh buat duit dengan menyenaraikan blog
anda di sini dan tawarkan khidmat advertorial kepada pengiklan yang
berminat.

Setiap advertorial anda boleh kenakan harga bergantung kepada permintaan
pengiklan. Kebiasaan advertorial di letakan harga mengikut jumlah patah
perkataan dan populariti blog.

Harga terpulang untuk anda tentukan sendiri sebab ia khidmat anda, blog
anda dan anda punya suka apa harga yang hendak di kenakan kepada pengiklan.

Sekian. Next entry saya akan kongsikan lagi tentang Advertorial.job ni.. 

Selamat Bekerja.. Happy Wednesday. 

Tuesday, August 26, 2014

Resepi Hinava (Makanan Tradisi dari Sabah Negeri di bawah Bayu)

Hi salam sejahtera.

Cerita ni sepatutnya post semalam tapi tidak sempat... Malam hari Ahad hari tu sya telah mencuba sejenis makanan tradisi suku kaum Kadazan Dusun di Sabah iaitu Hinava. Sudah lama saya teringin buat sendiri dan malam tu adalah kali pertama saya buat menu ni untuk makan malam. Resepi ni sangat ringkas dan mudah... dalam setengah atau kurang dari setengah jam siap.

Ini adalah gambar hinava dalam tupperware saya bawa untuk bekal waktu makan tengah hari ke tempat kerja semalam. First time buat ingatkan susah rupanya senang sangat.. Memang sedap..hahaha...minta puji..
Ok ini adalah resepi untuk resepi hinava yang saya buat.

BAHAN-BAHAN

1. Isi ikan (Ikan tenggiri /Ikan yu)- 3 ekor Tapi saya gunakan ikan Basung (Semenanjung panggil ikan                                                                selayang)
2. Cili padi- 5 biji (tambah lagi kalau suka pedas) - Dihiris
3.Lada besar - 2 Biji (Dihiris kecil2)
4.Bawang merah - 6 Ulas (Dihiris)
5. Bawang Putih - 2 Ulas (Dihiris)
6. Halia - 1 inci (Dihiris)
7. Limau Kapas / Limau Nipis - 5 Biji 
8. Garam dan perasa
9. Air Panas

CARA-CARA

1. Isi ikan diambil daripada ikan dan dipotong kecil-kecil.
2. Setelah dipotong cuci2 dan toskan. 
3. Tuang ikan tadi dengan air panas dan rendamkan selama 2 minit agak2 sudah nampak masak.
4. Semua bahan yang dihiris tadi disatukan dalam satu mangkuk/pinggan.
5. Kemudian satukan lagi dengan ikan yang telah direndam dengan air panas tadi. 
6. Setelah itu perahkan limau ke atas campuran tadi dan taburkan garam dan perasa ikut kesukaan dan siap. 

Mudahkan?? cubalah.. sedap dimakan bersama nasi panas dengan lauk ikan goreng. 





Friday, August 08, 2014

Perkongsian Tentang Doa

Selamat pagi dan Salam Damai.

Pagi ini saya ingin berkongsi tentang perkongsian yang saya dengar semalam semasa kelompok doa di gereja di kampung saya iaitu gereja St. Mary's Bingkor. Sebelum masuk kepada perkongsian saya mau berkongsi sikit pengalaman sebelum saya ke kelompok doa. Sebenarnya saya tidak tahu tentang seminar dalam kelompok doa ni. Saya hanya tahu tentang aktiviti ni bila anak saya Oliver secara tidak sengaja terbawa risalah gereja dari rumah mama saya. dipendekkan cerita saya tidak akan tahu tentang aktiviti ni kalau anak saya tidak membawa risalah tu. Apapun syukur kepada Tuhan kerana menggerakkan hati anak saya untuk membawa risalah tu dan syukur juga sebab Tuhan gerakkan hati saya untuk membaca risalah tu.

Saya bertolak dari rumah ke gereja lebih kurang pukul 6.20 petang. Anak saya Brenner saya tinggalkan bersama penjaga dan Oliver saya bawa sekali dan saya plan untuk menitipkan dia bersama mama saya. Bila sampai rumah mama dan bapa saya pula sedang bersiap-siap untuk keluar makan malam di restoran Steamboat... adik saya Jojo pula keluar jumpa kawan. Kalau suruh parents saya bawa dia kesian pula nanti penat ja mengejar budak sorang ni dan sure dorang tidak menikmati makan malam... ahaks.. Parents sa ajak kami sekali tapi saya berbelah bagi pula. Mau menyimpang dari tujuan sebenar atau pergi kepada yang saya plan. Mula2 tu saya cakap mau ikut tp akhirnya saya memilih untuk pergi saja ke kelompok doa. Saya cakap dengan mama saya biarlah saya bawa saja Oliver. Dalam fikiran saya memang risau kalau2 ni anak lari2 sana sini dan membuat saya tidak dapat konsentrasi sepanjang kelompok doa. Saya sempat berdoa dalam hati Tuhan buatlah anak saya behave malam ini...

Sampai di gereja ada ramai orang sudah..ramai belia beliawanis dan beliau2.. hehe..sya kira masi beliawanis la kan..hahaha..belum limpas 40 tahun. Saya sempat risau juga anak sya tidak pandai duduk diam.. saya bawa anak saya Oliver duduk di belakang dekat dengan pintu.. dia duduk ja.. adalah juga berdiri2 tapi tidak macam selalunya sikap dia begini... sampai orang pun cakap bagus dia tidak meragam.. masa sesi bermula dia minta dukung dan akhirnya tertidur masa time doa pujian dan penyembahan. Selesai Pujian dan penyembahan adalah sesi perkongsian/ceramah. Dan masa tu Oliver masi juga tidur di pangkuan saya. Ceramah tentang Doa disampaikan oleh Cikgu Lius kawan husband saya juga..

Secara ringkas ceramah daripada cgu Lius adalah sangat memberkati. Ditambah lagi dengan unsur2 jenaka yang dia bawa untuk membuat kami lebih faham.. Tidak kering gusi dengar dia berceramah. Namun apa yang penting ialah intipati yang beliau sampaikan tentang doa. Di sini saya ingin memberikan sedkit summary daripada apa yang saya dengar dan ingat. Semalam tdk dapat menulis nota sebab mendukung anak. Jadi apa yang saya ingat saya kongsikan.


  • Kita harus lebih banyak Berdoa daripada bernafas
  • banyakkan mengucap syukur daripada memohon
  • Jadikan Yesus Kristus sebagai tumpuan hidup kita, sebagai pusat hidup kita.
  • Kalau termimpi orang yang sudah meninggal atau seseorang yang kita kenal dan lama tidak jumpa doakan dia jangan tanya apa maksud mimpi kita tu. Doakan saja agar dia mendapat jawapan dari Tuhan atas permohonannya. 
  • Kalau Tuhan tidak mengabulkan permintaan kita, tanya diri dulu apakah kita lebih sering berdoa atau bernafas?
  • Jangan menjadikan diri kita pula yang tuhan di mana kita memaksa Tuhan untuk menuruti permintaan kita.
  • Jangan berdoa hal yang tidak baik atau menginginkan kemusnahan seseorang dan jangan menghakimi. 
  • Berdoa dengan hati yang ikhlas sekalipun hanya doa yang dibaca dari buku. Tuhan melihat hati kita. 
  • Mohon kepada Tuhan seperti seorang pengemis, maksudnya rendahkan hati kita terhadap Tuhan dan sesama, jangan sombong. 
Hmmm... setakat ni hanya ini yang saya dapat ingat. Apapun saya sangat diberkati dengan ceramah dari Cikgu Lius ni. Semoga Tuhan terus memakai dia sesuai kehendakNya. 

Syukur dan Puji Tuhan anak saya Oliver sangat behave malam tadi dan saya dapat concentrate sepanjang masa doa kelompok ini. Terima kasih Tuhan sudi membawa saya dengar ceramah dan menggerakkan hati anak saya Oliver untuk behave malam tadi. Lain kali kita pigi lagi aa nak...hehe... Praise The Lord. 

Monday, July 21, 2014

Percubaan pertama Masak Laksa Sarawak

Hai..
Entri hari ni saya mau cerita pasal makanan pula..
Semalam lepas balik dari sembahyang saya cuba masak Laksa Sarawak. First time saya makan
hari tu masa pergi Sibu rumah colleague husband saya cikgu Usin.. terus terpikat dengan laksa sarawak.
Jadi hari ni saya cuba masak..saya masak guna paste laksa yg saya beli masa dekat Airport Kuching hari tu.. satu bulan suda beli paste ni semalam barulah ter'masak'..
Ok ni resepi saya guna:

Bahan2
-Paste Laksa Sarawak (250gram)
-2 btg Serai (diketuk)
-Bawang merah (2 ulas)
-bawang putih (2ulas)
-halia (1 inch)
-Isi ayam
-Taugeh (Celur)
-Telur ayam (didadar dan potong kecil2)
-Minyak untuk menumis
-Udang basah (tapi saya tidak guna)
-Santan pekat (200-250ml)
- limau kasturi/nipis

Cara masak Sambal Laksa
- Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis sampai kekuningan. Kemudian masukkan sambal laksa, kacau-kacau dan bila mendidih atau pecah minyak tutup api.

Selepas sambal laksa siap dimasak, dalam periuk yang lain masukkan 2 liter air. Jerangkan kemudian masukkan ayam bersama serai. Rebus sehingga ayam masak. Kemudian toskan ayam. Kemudian jika anda ada udang rebuskan udang juga bersama serai. setelah masak toskan udang. Air rebusan jangan dibuang.

Setelah itu, masukkan sambal laksa yang telah digoreng sebentar tadi
kemudian masukkan santan  dan perasankan dengan garam dan sedikit gula.

Sementara menunggu kuah laksa masak rebuskan mihun, goreng telur dadar dan celur taugeh.

Cara makan
Masukkan mihun dalam mangkuk, letakkan bahan2 seperti taugeh, isi ayam yang telah dicarik-carik, telur,
ketumbar. Tuangkan kuah laksa & perah dengan limau.

Yang tidak bagusnya... disebabkan terlampau lapar saya lupa ambil gambar laksa sarawak ni..sudah makan baru ingat... next time saya ambil pic..kemarin tidak sempat..lapar punya pasal.. Ada satu lagi paste laksa di rumah.. nanti mau buat lagi saya guna udang pula... hehe...Husband tdk puji tapi dia tambah dua kali.. boleh lah cakap sedap kan...haha puji diri sendiri..

Ok la.. tu saja buat masa ni.. see ya in next entry...

Friday, July 18, 2014

#PrayforMH17 #prayforsabah

Salam damai pembaca semua.
Semalam 17/7/2014 dunia dikejutkan sekali lagi dengan tragedi yang menimpa kapal terbang MAS MH17 iaitu penerbangan MAS dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dijadualkan sampai ke KL pada pukul 6.10am waktu Malaysia. Malang tidak berbau, tragedi menimpa kapal terbang tersebut di mana kemalangannya adalah fatal dan total lost... sya pun dapat tahu berita ni pagi2 masa beli sarapan di warung depan tempat kerja kami ni.. saya betul2 terkejut dengan berita ni.. bila buka wifi beratus2 wasap masuk.. semua update tentang MH17.. di laman FB pula banyak update status dan share berita2 tentang tragedi ni.. sangat menyayat hati.. Ada juga video yang menayangkan momen masa kapal terbang tersebut terhempas.. adui...bayangkan apa yang dilalui oleh penumpang2 dan krew MH17... memang sukar digambarkan mcm mana kedaan mangsa ketika tu...

Mengikut apa yang saya baca melalui media kapal terbang terhempas akibat ditembak.. kononnya sebab kapal terbang tersebut melalui udara yang ditanda sebagai red zone atau zon larangan udara..

Sumber:Google search 

Apapun sebagai rakyat Malaysia saya ikut bersedih atas kejadian yang menimpa keluara mangsa.. Tangisan dan ratap tidak bisa mengembalikan mereka. Apa yang mampu kita hanya dapat berdoa buat keselamatan dan ketenangan jiwa mereka... May God grant them peace..Our thoughts and prayers are with the passengers and crew of MH17. 

Dalam pada itu juga negeri Sabah juga sedang dilanda krisis keamanan ekoran kehadiran pengganas Sulu. Beberapa hari yang lalu seorang polis marin telah ditembak mati oleh pengganas sulu. Rakyat Sabah juga sedang dilanda kerisauan kerana ada beberapa daerah di Pantai Timur yang diarahkan perintah berkurung.
Bermacam-macam berita yang membuat rakyat Sabah merasa terancam, entah betul atau tidak hanya Tuhan yang tahu. Apapun tahun ini banyak suda tragedi yang menimpa bumi Malaysia.. Bilakah ini akan berakhir? hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.. sungguhpun begitu, sebagai seorang hamba Tuhan..apa yang perlu ialah kita sentiasa berdoa untuk keselamatan jiwa kita.. di mana2 dan bila2 saja akan menjadi waktunya Tuhan mengambil kita,kerana waktu itu akan seperti waktu di mana kita tidak tahu bila pencuri akan datang ke rumah kita..  justeru yang utama adalah meletakkan Tuhan Yesus di posisi yang utama dalam hidup kita...
Hiduplah dengan takut akan Tuhan. #peringatanuntukdirisendiri 

God bless all. 
Bertabahlah Malaysia!!! 





Wednesday, July 16, 2014

Happy 1st birthday Mark Brenner Joliu

Hi..
Today is Wednesday.. should be Wordless Wednesday, tapi memandangkan semalam birthday anak saya, so saya mau menulis untuk kenangan semalam sebelum terlupa.. Semalam genaplah setahun umur anak kedua saya Mark Brenner Joliu..Saya dan suami telah mengadakan sambutan harijadi anak saya ni secara simple sahaja. Menu kami semalam ialah Nasi Tomato + ayam masak merah, Sup kaki ayam + Lobak putih+Pucuk jantung pisang, Acar nenas+timun+bwg besar+lada besar, ikan bakar & air oren. Sangat simple menu kami.. Tapi malangnya nasi tomato kurang menjadi..nasi lembut sikit.. Mungkin sebab guna beras kampung saja... hehe...tp tidak apa..syukur lah nasi tidak jadi bubur... hahaha..

Tetamu kami hanyalah ibu bapa saya dan adik2 saya... Tidak ramai, sebab bajet kureng sikit..majlis pun ala kadar saja..Kek birthday anak saya dibuat oleh colleague husband saya iaitu Cgu Esther & Cgu Vicky.. Homemade bakery yang diberi nama GTS Bakery... husband saya yg tempah kek tu.. beratnya 1.5kg..perisa yamn... komen saya.. cantik dan sgt sedap... family saya semua ckp kek tu sedap..Sini saya letaklah beberapa gambar pada hari kejadian semalam...

Kek perisa keladi.. Tema Sponge Bob Squarepants



Lilin ni anak bujang saya pertama yang tiup.. haha..



Daddy tolong brenner potong kek.

Tidak banyak gambar saya sempat ambil.. huhu... apapun kepada anak saya Mark Brenner Joliu, 
Happy Birthday to you dear. God bless u.. Semoga menjadi anak yang baik dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Jadi anak yang pintar dan takut akan Tuhan sepanjang hidupmu.. Amen... Mamy love u so much...Hugs and kisses..

Tuesday, July 15, 2014

Alahai anakku

Hai
hari ni saya mau cerita tentang anak kedua saya Brenner yang usianya akan genap setahun beberapa hari sahaja lagi. Kejadian berlaku malam Khamis yang lalu.. Budak baru dapat kaki memang tidak pandai duduk diam. Sana sini mau berjalan..panjat2 kusyen satu hal.. alahai anak...Entah macam mana anak saya ni main dekat buaian dia.. mungkin tersilap langkah saya pula sedang duduk dekat kusyen.. kusyuk menonton tv..cerita korea time tu..Channel 393... huhu...tiba-tiba bam!!! jatuh terhempas muka di lantai.. Masa tu saya andaikan gigi atau bibir yang akan luka berdarah.. panik sangat masa tu.. saya terus peluk dia... tangisan dia pun memang kuat sangat...adui...memang masa tu saya salahkan diri sangat2 sebab leka tengok tv... bila saja saya periksa bukan bibir yang luka..dekat bawah dagu yang luka..dan lukanya dalam... nampak isi..adui..kesian anak mummy.. masa tu binggung sangat...mau plaster tapi nampak mcm dalam.. sah2 kena jahit ni kalau bawa pigi hospital.

Lepas tu kami pun bawalah anak saya tu ke hospital.. terus ke bahagian kecemasan. Bila sampai tu kami disaring dulu untuk kenal pasti kes trauma tahap yang mana. Time MA periksa tu dia cakap maybe cuci luka ja.. so i was like huh..lega...tapi bila masuk di dalam pula MA tu cakap jom cuci dulu....saya ikut ja tanpa bertanya.. bila dekat dalam bilik rawatan barulah saya buka mulut dan tanya MA tu.. MA ni pula cakap kena buat jahitan tapi satu sahaja... Dia explain boleh juga tidak jahit tapi takut bernanah.. so by hook or by crook no choice kena jahit juga... MA yang saya jumpa di luar tu pun ada sekali dalam tu.. dia tolong pegang kepala saya pegang bahagian kaki... Tangisan dan rontaan anak saya masa tu punyalah kuat sampai suara dia pun tidak terkeluar..orang dusun cakap "Tumala" maksudnya tangisan akibat kesakitan sampai suara tdk dapat keluar... entah betul kah tidak maksud dia tu..hahaha...hentam saja.. tp begitulah ibaratnya.
Akhirnya dalam masa 10 minit macam tu siaplah anak saya dijahit...pic dekat bawah gambar lepas balik dari hospital...




emmm... alahai anak...hati-hati ya... sorry mummy pun salah...telampau leka kan.... huhu....
apapun syukurla..kecederaan ni tdk serius sangat... syukur pada Mu Tuhan... Amen.... Jahitan ni pun sudah dibuka pada hari Ahad yang lalu... kejap saja bukanya..hehe...kesian anak mamy..jangan nakal2 lagi k....love ya....:)

Go Fitness - I heart Yoga

Hai..
hari ni nak cerita pasal aktiviti saya semalam selepas pulang dari kerja.
Saya masuk kerja jam 7.00 pagi, jadi pulang lah jam 4.00pm.. ok cukup la 8 jam juga kan..saya memang minta masuk awal supaya petang boleh buat apa2 aktiviti luar/dalam rumah banyak sikit. Kalau balik jam 5 kena hadapi jammed dan traffic.. huhu...so masuk awal dan balik jam 4 adalah best choice. Bos pun tiada halangan saya buat begitu..

Ok lah smbung cerita aktiviti semalam. Lepas ja balik dari kerja saya terus singgah ke kompleks sukan keningau. Masa tu belum ramai orang lagi.. adalah beberapa orng sedang jogging.. ada pelajar2 sekolah menengah sedang training olaraga dekat track. lepas warm up sikit2, saya pun jogging lah.. 4 round lari 2 round lagi hanya berjalan laju2.. hehe...saya enjoy berlari..memang penat tapi saya puas hati dan bersyukur dapat jogging semalam.Lupa mau cakap kawan sekerja saya Ayu pun ikut saya pergi kompleks.. rumah dia memang dekat area2 sana ja..masa saya ckp saya mau jogging dia pun cakap mau join tapi duduk saja....hehe...

so lepas jogging tu saya pun teringat yoga challenge yang belum terbuat lagi. Mula2 ingat mau buat di rumah tapi takut terganggu..taulah anak2 kalau nampak saya beryoga sana juga dorang menyangkut di badan.. hahaha... ok ni adalah antara gambar2 untuk yoga challenge yang saya sempat catch up kemarin.



Warrior 2-Virabhadrasana 2

Reverse Warrior

Warrior 1

High Lunge


Forward Low Lunge pose (Anjaneyasana)

Lepas siap catch up yoga challenge ni saya hantar kawan saya Ayu tu balik rumah... singgah rumah dia tu dapat pula bunga2 yang cantik.. mak dia bagi free ja.. punya lah happy...memang sekrang tengah mengumpul bunga untuk hias laman rumah...huhu.....tanam bunga ni pun hobi baru saya juga... hehe..pasal tanam2 bunga ni saya memang newbie... baru belajar.. yang tu nanti kita cerita dalam entry lain lagi... 

Oklah, kesimpulan post hari ni ialah amalkan gaya hidup sihat..dan aktif selalu... chewah.. I heart Yoga (wink wink).. see ya in my next post..

Wednesday, July 09, 2014

My new passion is Yoga

Hai..
hehe..sekarang cerita pasal saya punya keminatan terbaru iaitu yoga.. saya mula minat yoga bila nampak ig kawan2 iaitu Cgu Vicky dan cgu Esther. Saya jatuh cinta dengan yoga bila nampak kawan saya vicky yang jadi kurus selepas mengamalkan yoga. Memang sangat berbeza dulu dan sekarang.. badan dorang pun  memang jadi melentur dan fleksibel.. sangat kagum dan truly inspiring... so bermulalah perjalanan saya sebagai yogi.. Ingat kah saya beli mat di Sibu...hehe...rugi lah tidak guna kan.... Bulan July ni ada dua challenge saya join dekat instagram.. #joinustogetherjuly dan #sunsouttekibumsout. Dua2 challenge hosted by orang putih yang memang sudah sangat expert dalam yoga. Siapalah saya ni hanyalah seorang #yogi #yogabeginner. hehe...

ini lah pose challenge yang saya join untuk bulan July ni dekat instagram.. kebanyakan memang beginner pose macam saya.. Sebelum buat pose ni biasanya saya akan  lari setempat, skipping rope then buat stretching yoga iaitu sun salutation... kalau mau tau mcm mana buat sun salutation tanya gugel... atau tgk youtube..hehe...

#joinustogetherjuly

#sunsoutteekibumsout 

Ini antara pose challenge yang saya buat.

Day 1:#Sunsoutteekibumsout :Abaikan background..hehe..masa ni husband saya yang ambil gambar. Dia siap tanya mestikah ambil gambar?? saya cakap mesti... hahaha...tujuan sebenarnya mau tengok progress saya... nnt boleh buat gambar before and after..kan....

Day 2 #sunsoutteekibumsout

Day 4 #joinustogetherjuly (Downward Dog)

Mermaid pose.

Antara pose2 yang sempat saya ambil..ada lagi sebenarnya...tapi nanti lah saya susun baik2 ikut sequence dan tepek di sini... 

Tuesday, July 08, 2014

We've been married for 4 years

Post yang terlambat....
sebelum ke Sibu hari tu iaitu pada 5 June 2014 genaplah usia perkahwinan saya dengan husband selama 4 tahun. Dan selama 4 tahun perkhwinan ni kami telah dianugerahkan Tuhan dengan dua orang anak lelaki. Perempuan belum ada lagi.. harap2 kalau saya mengandung lagi next time boleh dapat baby girl suda.. Amen.. hehe...

Apa yang boleh saya katakan dalam 4 tahun ini sebenarnya masih banyak yang perlu kami perbaiki. Terutama dalam hal berkomunikasi. dalam hal memahami kehendak dan keinginan pasangan. kena selalu ada give and take.. Jujurnya sayalah yang selalu demand dengan husband. kadang-kadang boleh bawa kepada pertengkaran juga sikap saya ni.. Saya sedar saya ni telampau penting diri, selalu mau menang.. jarang mau mengalah... kesian dengan husband saya kena bertahan dengan sikap saya ni.. saya sedar hakikat sikap saya yang buruk tu.. sya mau berubah..harap belum terlambat dan harap husband saya dapat bersabar.. 

saya akui banyak kali dalam hubungan kami mengalami masa2 turun dan naik. Apapun saya bersyukur kepada Tuhan kami masih bersama. masih memegang janji kami di hadapan Tuhan untuk tetap bersama sehingga hanya maut yang memisahkan.. orang putih cakap "till death do us apart". Ada masanya kami begitu terpuruk dalam macam-macam masalah terutama dalam hal ekonomi keluarga. Dan hal itu sangat2 menekan kami. Tapi tidak perlulah saya ceritakan di sini.. Apapun saya selalu ingat janji kami untuk tetap bersama dalam susah / senang, kaya/miskin, sakit/sihat. Nah..jadi tiada lagi bilang mau mengeluh semua tu....sudah janji kan...

Saya percaya tanpa Tuhan yang memegang kami tanpa Tuhan yang memimpin tidak mungkin perkahwinan kami boleh sampai ke hari ni..meskipun banyak perkara / masalah yang kami alami.. Terima kasih Tuhan untuk anugerah dan cinta kasihmu bagi kami hingga pada saat ini. 

Untuk husband saya Mr. Mozzy Mondon, terima kasih sebab sudi menjadi suami saya 4 tahun yang lalu. Terima kasih sebab memilih diri ini. Maafkan saya sebab selalu tidak konsisten menjadi isteri dan ibu yang baik. Apapun saya akan sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan ini hingga hanya maut sahaja yang memisahkan kita. 

Tuhan terima kasih juga atas pimpinanmu sepanjang perkahwinan kami ini. Semoga hanya Engkau yang menjadi tumpuan hidup keluarga kami, sehingga ke mana pun kami pergi apa pun yang kami alami biarlah hanya namaMu yang kami tinggikan sampai selama-lamanya. Amen. 

Happy 4th Anniversary to both of us..


Monday, July 07, 2014

Trip to Sibu Sarawak

hai...
lama betul tidak menulis...bersawang suda ni saya punya blog.. hehe...
hari ni saya mau share tentang perjalanan kami sepanjang trip ke sibu hari tu.
Trip ke Sibu ni telah dirancang seawal bulan Januari hari tu.. Husband beli tiket pun sejak Januari yang lalu.
Apa yang buat saya sedih ialah terpaksa meninggalkan anak2.. bercuti tanpa anak2 amatlah rasa bersalah. Next time bila dorang besar sikit barulah bawa jalan.. sekarang masih kecil.. huhu..sepanjang peninggalan kami pergi bercuti anak2 dijaga oleh ibu mertua saya & adik2 ipar...

saya dengan husband bertolak jam 4 pagi pada 8/6/2014.. exited sangat..malam tu saya tidur 1 jam saja gara2 exited punya pasal..kami sampai di kota kinabalu dalam 5.30 pagi mcm tu... sampai jak trus breakfast di kedai mamak... sya makan roti bakar ja.. flite kami ke Sibu jam 7.30pagi so jam 6 mcm tu kami ke airport MAS. Di airport kami menunggu kawan2 lain.. semua kawan sama2 mengajar dengan husband saya.. tapi saya selalu juga jumpa dengan dorang time dinner skola husband.. dipendekkan cerita kami sampai di Sibu lbh kurang jam 9.00 pagi. Sampai di airport kami disambut oleh Cikgu Usin dan isteri.. dar airport kami terus dibawa ke kediaman mereka..sampai di sana perkara pertama yang menanti ialah MAKAN... kami sangat rasa beruntung dijamu dengan Laksa Sarawak homemade by wife ckgu Usin.
Laksa Sarawak.. Sedap!!!

Lepas makan tengah hari yang girls shopping ke Star Mega Mall.. saya dapat beli yoga mat dengan harga paling murah RM19.90 sahaja. Terus beli tanpa fikir panjang sebab memang tgh mencari yoga mat masa tu. Syukur jumpa juga..tpi punyalah jauh kan..hahaha.. mcm saja di sabah tiada.. tapi kebetulan cari di keningau hari tu tiada dan kawan2 pun memang suruh beli sebab murah!!

candid cgu Nora Andrew

Candid Cgu Vicy, Cgu Nora n mandak Angel Di jendela.. 

Selamat Hari Gawai.. still in gawai mood...

Time ni dekat pasar besar sibu.. kami singgah makan di pasar.. murah sangat mkanan dekat sini..sepinggan mee RM2.50 sahaja... terbaiklah..

Masa ni jalan2 dekat bandar sibu sambil ambil gambar.kami park kereta dekat pasar sebab jalan memang sangat jame.. entah berapa kali pusing baru jumpa parking. 


dalam gambar di atas cgu Nora, Esther n Vicky opps lupa budak baju merah tu anak cgu Nora. 

Kelihatan husband ai di situ pakai baju stripe warna merah dan berseluar pended..di candid semasa baru sahaja sampai di bukit aup. 

Candid from behind. Baju garis2 hitam putih seluar merah cgu Esther dan bekas anak murid (anak cgu Usin), Cgu Nora, Ipar Cgu Usin.

Time ni saya baru bersedia mau buat pose yoga..tgh berfikir pose yang senang..

Sempat lagi stike a pose di bukit aup Sibu. Tree Pose #stopanddropyoga

Ni pula gambar selepas membeli di pasar malam Sibu... bangunan belakang ialah church Catholic dekat Bandar Sibu. 



Ada cerita sebelum gambar2 di bawah saya ceritakan. kami sepatutnya pulang ke sabah pada 11 June dengan mengikuti penerbangan MAS WING pada pukul 4.00 petang. tiba-tiba sedang kami membeli barang kraftangan di sebuah kedai dekat Sibu seorang kawan menerima sms bahawa penerbangan ke KK dibatalkan atas sebab masalah teknikal. Mula-mula kami kurang pasti tapi bila semua yang membeli tiket dapat sms yang sama, jadi memang sahlah penerbangan kami dibatalkan. Masa tu sya sudah start risau sebab esoknya kena masuk kerja sepatutnya tapi tidak dapat. Terpaksa tambah cuti lagi. Lepas tu ingat dah boleh peluk cium anak2 yang sangat dirindui tapi terpaksa ditangguhkan lagi.  

Selepas selesai membeli barangan di kedai kraftangan tu kami pun bergegas ke airport untuk membuat urusan penukaran masa penerbangan. Dalam pada sibuk2 dan kerisauan tu kami tidak perasan yang anak Ckgu Usin tidak bersama-sama dengan kami. Sebab kami cuma ingat orang2 yang join dengan kami dalam kereta sebelum ni. Tiba-tiba bila sampai dekat airport semua panik mencari anak lelaki tunggal cgu Usin & cgu Endot iaitu Neo. Keadaan masa tu memang sangat panik dengan penerbangan yang dibatalkan dan kehilangan anak cgu Usin. Dalam pada tu masing-masing berdoa supaya Neo tiada apa2 dan akan ditemui. 
Di airport pula kami. Dipendekkan ceritanya, syukur kepada Tuhan anak cgu Usin & Cgu Endot ditemui dan kami pun dapat tiket flight walaupun terpaksa transit di 2 airport selepas banyak jugalah terjadi perselisihan dengan pihak MAS.. . Walaupun begitu ada juga bestnya jadi stranded passenger MAS sebab semua kos dorang tanggung. Makan, sewa teksi dan hotel free of charge..  

Masa ni kami stay satu malam dekat Kingwood Hotel Sibu sebelum memulakan perjalanan esok. yay.. tidur hotel!! kami tidak tidur dekat rumah ckgu Usin sbb tidak mahu menyusahkan mereka lagi terpaksa sedia makan dan minum.. so kami decided tdor dekat hotel malam tu...

Baru sampai terus ambil gambar dekat luar hotel.. minta puji..haha..

On our way to the hotel restaurant for dinner. Ai suka ambil gambar dari belakang.. hahaha... 



Inilah menu tersedia untuk MAS stranded passenger macam kami...


ai makan chicken chop..yummy!!!


yay!!! balik Sabah... masa ni sebelum bertolak ke airport Sibu..

Ambil gambar kenangan untuk husband juga.. macho ka?? hehe...

Pulang sabah












Oklah akhirnya kami sampai di KK setelah perjalanan yang panjang pada 12 June. Sibu >Kuching>Miri> KK. Dari Miri pun sempat delayed lagi..flight jam 9.45 tapi bertolak jam 10.40pm.. sampai kk dalam jam 11.30 mcm tu.. sampai saja terus bertolak ke Keningau.. sampai di kgau dalam jam 2.00 pagi... jam 7 pagi saya pergi kerja.. huhu..hari yang sangat penat. Macam mana pun memang sangat gembira dengan trip kami tu.. next time plan cuti lagi...tapi dis time want to have holiday with the kids.. 

ok lah that's all for today... hehe...tq readers...